Dasar privasi

Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Shiseido Malaysia Sdn. Bhd. (“Shiseido” or “Kami”) komited untuk melindungi privasi anda dan memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi. Bagi tujuan Dasar Privasi ini, "Data Peribadi" bermaksud sebarang data yang boleh dikenal pasti secara peribadi, sama ada benar atau tidak, mengenai seorang individu yang boleh dikenal pasti melalui data tersebut.

1. PEMAKAIAN

Dasar Privasi ini menerangkan jenis-jenis Data Peribadi yang kami kumpul dan cara kami mengguna, menzahir, memproses dan melindungi maklumat tersebut.

Kami mengumpul Data Peribadi melalui, tetapi tidak terhad kepada, cara-cara di berikut:
(a) Semasa anda membeli atau melayari “Laman Web”;
(b) Semasa anda membeli di kedai-kedai fizikal kami;
(c) Semasa anda berhubung dengan kami melalui media sosial atau menghadiri acara-acara pemasaran kami; dan
(d) Semasa anda bersetuju dan memberi kebenaran untuk menjadi seorang ahli Keahlian Shiseido, sama ada melalui cara-cara fizikal atau elektronik.

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa dengan memaparkan versi-versi yang dikemas kini pada Laman Web, dan/atau dengan menghantar suatu emel kepada anda. Keahlian anda yang berterusan, pengaksesan anda dan/atau, pengguaan anda terhadap Laman Web akan diambil sebagai persetujuan anda untuk, dan penerimaan anda dengan, semua perubahan yang dibuat dalam versi yang dikemas kini.

Sila semak semula dengan kerap untuk maklumat terkini mengenai cara kami mengendalikan Data Peribadi anda.

2. PERSETUJUAN

Kami tidak mengumpul, mengguna atau menzahirkan Data Peribadi anda tanpa persetujuan anda (kecuali di mana yang dibenarkan oleh undang-undang). Dengan memberikan Data Peribadi kapada kami, anda bersetuju dengan kami untuk mengumpul, mengguna, menzahir, memindah dan memproseskan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Dasar Privasi ini.

Jenis-jenis Data Peribadi yang kami kumpul termsuk, tetapi tidak terhad kepada: (a) nama pertama dan nama keluarga anda; (b) alamat rumah anda; (c) tarikh lahir anda; (d) alamat emel anda; dan, hanya di mana yang sesuai, (e) nama pengguna dan kata laluan anda; (f) alamat bil dan penghantaran anda; (g) nombor pengenalan anda; dan (h) maklumat lain yang semunasabahnya diperlukan oleh kami bagi membekalkan anda dengan Perkhidmatan-perkhidmatan sebagaimana ditakrifkan dalam Seksyen 3 di bawah.

3. TUJUAN

Kami mengumpul, mengguna, menzahir, memindah dan memproseskan Data peribadi anda bagi tujuan untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • 1. memberikan anda maklumat mengenai produk-produk dan kempen-kempen daripada kami, Kumpulan Shiseido dan rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami melalui emel, SMS, dan pos (di mana kami mempunyai persetujuan anda secara jelas);
  • 2. membolehkan anda membeli produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan untuk dijual melalui Laman Web;
  • 3. memudahkan transaksi anda dengan kami;
  • 4. menghantar sampel-sampel dan/atau produk-produk kepada anda;
  • 5. memaklumkan anda tentang segala kemas kini, perubahan, dan perkembangan yang berkaitan dengan kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • 6. memberitahu anda tentang perubahan-perubahan yang penting terhadap Dasar Privasi ini, dan terhadap dasar-dasar atau perkhidmatan-perkhidmatan kami yang lain;
  • 7. memberikan anda perundingan yang diperibadikan;
  • 8. bertindak balas dengan pertanyaan atau maklum balas daripada anda;
  • 9. mengekalkan dan mengendalikan Laman Web;
  • 10. menguruskan operasi pentadbiran dan perniagaan kami;
  • 11. melibatkan rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga dan pemproses data pihak ketiga untuk melaksanakan aspek-aspek Perkhidmatan yang tertentu;
  • 12. melakukan profiling pelanggan, analisis pasaran, dan penyelidikan untuk meningkatkan penawaran produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  • 13. mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan menganalisis serta menguruskan risiko komersial; dan
  • 14. tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.
    (secara kolektif, "Perkhidmatan-perkhidmatan")

4. PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN, PENGAKSESAN DAN PEMBETULAN

Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk menerima maklumat mengenai produk-produk dan kempen-kempen baru, atau mana-mana Perkhidmatan yang lain, anda boleh berbuat demekian dengan:

  • 1. berhenti melanggan dengan Laman Web kami;
  • 2. mengeklik pautan “Unsubscribe" dalam emel-emel yang kami hantar kepada anda;
  • 3. menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami pada alamat emel di bawah; atau
  • 4. menghubungi kami melalui pos pada alamat di bawah

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak memberikan kami Data Peribadi yang tertentu, atau untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan, penzahiran, pemindahan, dan/atau pemprosesan Data Peribada anda, kami mungkin tidak dapat membekalkan anda beberapa atau kesemua Perkhidmatan.

Kami akan memastikan bahawa Data Peribadi yang berada dalam milikan kami adalah tepat dan lengkap menurut pengetahuan yang terbaik kami.

Anda mempunyai hak untik meminta akses dan pembetulan Data Peribadi anda. Jika anda ingin mendapatkan bantuan dalam mengakses dan/atau membetulkan Data Peribada anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami pada alamat emel di bawah. Kami akan menjawab anda dalam tempoh 21 hari.

5. KANAK-KANAK

Laman Web ini ditujukan dam direkakan untuk penggunaan orang-orang yang berumur 16 tahun ke atas. Kami tidak berniat untuk mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, kecuali di sesetengah tapak yang khusus ditujukan kepada kanak-kanak.

Kami melindungi Data Peribadi kanak-kanak bersama dengan persetujuan ibu bapa yang diperlukan dengan cara gyang sama ia melindungi Data Peribadi orang dewasa

6. PENZAHIRAN DAN PEMINDAHAN PIHAK KETIGA

Kami tidak menzahirkan atau memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan di mana kami telah meminta dan memperoleh persetujuan anda yang jelas untuk berbuat demikian (kecuali di mana yang dibenarkan oleh undang-undang).

Data Peribadi yang anda berikan kepada kami boleh disimpan, diprocess, dipindahkan antara, dan diakseskan daripada pelayan-pelayan yang terletak di America Syarikat dan negara-negara lain yang mempunyai undang-undang dan perundangan yang tidak menjamin tahap perlindungan Data Peribadi yang sama dengan Malaysia. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data peribadi anda dikendali mengikut Dasar Privasi ini, tanap mengira di mana Data Peribadi anda disimpan atau diakses.

6.1 Penzahiran kepada syarikat-syarikat bersekutu di dalam Kumpulan Shiseido
Kumpulan Shiseido terdiri daripada beberapa syarikat bersekutu dan entiti sah yang terletak di dalam dan di luar Malaysia. Kami mungkin menzahirkan, di mana sesuai dan setakat mana yang diperlukan, Data Peribadi anda kepada syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti sah tersebut bagi tujuan pelaporan korporat, penyelidikan dan penganalisisan pasaran, pengurusan hubungan pelanggan dan tujuan undang-undang dan perniagaan yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya memberikan Data Peribadi yang diperlukan oleh syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti sah kami bagi tujuan perniagaan dan undang-undang tersebut, dan kami memerlukan mereka untuk melindungi Data Peribadi tersebut mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan dan Dasar Privasi ini, dan tidak menggunakannya bagi tujuan lain.
6.2 Penzahiran kepada rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga
Kami bergantung kepada rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan bagi pihak kami. Dengan berbuat demikian, Shiseido boleh membenarkan pembekal-pembekal perkhidmatan, yang terletak di dalam dan di luar Malaysia, untuk menggunakan Data Peribadi anda untuk pemasaran dan promosi produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan acara-acara yang mungkin diminati oleh anda, untuk penyelidikan dan panganalisisan pasaran, untuk pengurusan perhubungan pelanggan, dan untuk memenuhi pesanan anda untuk produk-rpoduk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibeli melalui Laman Web. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya memberikan Data Peribadi yang diperlukan oleh rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan mereka dan kami memerlukan mereka untuk melindungi Data Peribadi tersebut mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan dan Dasar Privasi ini, dan tidak menggunakannya bagi tujuan lain.
6.3 Penzahiran kepada pemproses-pemproses pihak ketiga
Kami mungkin menggunakan pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang terletak di luar dan di dalam Malaysia, untuk membantu kami mengekalkan dan mengendalikan Laman Web, atau untuk tujuan lain yang berkaitan dengan operasi Laman Web dan perniagaan Shiseido, dan mereka mungkin menerima Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan tersebut. Kami hanya memberikan Data Peribadi yang diperlukan oleh mereka untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut bagi pihak kami. Kami memerlukan syarikat-syarikat ini untuk melindungi Data Peribadi mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan dan Dasar Privasi ini, dan tidak menggunakannya bagi tujuan lain.
6.4 Penzahiran lain
Kami boleh menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda untuk melaksanakan arahan-arahan anda dan, sebagaimana yang berkaitan dengan, (a) mematuhi keperluan-keperluan perundangan dan peraturan; (b) melindungi atau mempertahankan hak atau harta-harta para pelanggan dan para pekerja Shiseido; dan/atau (c) mengambil langkah-langkah kecemasan bagi tujuan untuk memastikan keselamatan para pelanggan, Shiseido, atau orang-orang awam. Kami juga boleh menzahirkan dan memindahkan data peribadi kami kepada pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau pihak ketiga (yang mungkin terletak di dalam dan di luar Malaysia) dalam konteks penggabungan, pengambilalihan atau sebarang tindakan korporat lain yang melibatkan Shiseido.

7. KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN

Kami mengekalkan prosidur, piawaian dan pengaturan keselamatan yang ketat untuk melindungi Data Peribadi dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami. Setelah menerima Data Peribadi anda, sama ada melalui cara-cara pengumpulan fizikal atau elektronik, kami akan membuat pengaturan keselamatan yang diperlukan untuk melindungi Data Peribadi seperti yang munasabah dan sesuai dalam keadaan tersebut. Pengaturan tersebut mungkin terdiri daripada langkah-langkah pentadbiran, langkah-langkah fizikal, langkah-langkah teknikal, atau kombinasi langkah-langkah sedemikian.

Apabila menzahirkan atau memindahkan Data Peribadi anda melalui internet, kami mengambil semua penjagaan yang munasabah untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan terhadap Data Peribadi anda. Walau Bagaimanapun, tiada penghantaran data melalui internet yang boleh menjamin keselamatan dengan sepenuhnya dan anda mengaku bahawa anda menyerahkan maklumat melalui internet pada risiko anda sendiri.

8. PENGEKALAN DATA PERIBADI

Kami tidak akan mengekalkan Data Peribadi anda selama tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini dan sebarang tujuan perniagaan atau undang-undang yang sah. Selepas tempoh masa ini, kami akan memusnahkan atau menyiarkan sebarang dokumen yang mengandungi Data Peribadi anda dengan cara yang selamat.

9. UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR

Dasar Privasi ini ditakbir oleh undang-undang Malaysia.

10. HUBUNGI KAMI

Jika anda ingin mengakses atau membetulkan apa-apa Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami, mengemukakan aduan, atau mempunyai sebarang petanyaan mengenai Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami dengan menghubungi kami pada shiseidocamellia@shiseido.com.my. Sebagai alternatif, anda boleh mengubungi kami melalui pos pada:
Shiseido Malaysia Sdn.Bhd
Unit 7-03, Level 7, Menara UAC, No.12, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
Tel:60-3-7719-1888

Tarikh: 19 October 2018